Monday, 9 April 2012

Sejarah Sekolah


Sekolah Kebangsaan Penghulu Salleh. Mampan, Simpang Lima, Batu Pahat merupakan salah sebuah sekolah yang terulung ditubuhkan di Negeri Johor tahun 1901 mula ditaja oleh En. Talib bin Bandar dan didirikan di Kampung Batu sementara di dirikan secara gotong-royong oleh masyarakat tempatan.

Tahun 1910 Sekolah dipindahkan ke mampan. Bangunan sementara dibina. Tahun 1915  Kerajaan Negeri johor telah membina bangunan kekal di tapak sekarang ini. Tahun 1930, bangunan tambahan didirikan dengan ukuran 70 x 24 kaki. Tahun 1939, bangunan tambahan didirikan lagi, kali ini berukuran 40 x 24 kaki.

Tahun 1964,  Masyarakat tempatan telah menaja sebuah sekolah lain khas untuk murid-murid perempuan.

Friday, 6 April 2012

Program Headcount Tahun 6 2012










Selamat Datang Tn. Hj. Sarkawi



TN. HJ. SARKAWI
GURU BESAR
SK. PENGHULU SALLEH
Bermula Mac 2012
Pada 1 Mac 2012, Kedatangan Guru Besar baru SK. Penghulu Salleh, Tn. Hj. Sarkawi Bin Satu  sekali lagi memberikan semangat baru kepada warga SK. Penghulu Salleh selepas kebersaraan En.Tajaldin Bin Hashim. Kami berharap mendapat satu ilmu yang baru daripada Tn. Hj. Sarkawi untuk meningkatkan lagi mutu dan kualiti kerja kami warga SK. Penghulu Salleh seterusnya meningkatkan prestasi sekolah ini. Selamat Datang diucapkan kepada Tn. Hj. Sarkawi dan diharapkan berasa selesa bekerja bersama kami di SK. Penghulu Salleh.



Wednesday, 4 April 2012

Persaraan Guru Besar Tajaldin Bin Hashim 2012

TAJALDIN BIN HASHIM
GURU BESAR
SK. PENGHULU SALLEH
( 2006-2012 )

Telah berkhidmat dan menabur jasa di SKPS sebagai Guru Besar selama 5 tahun. Pelbagai aktiviti dan program di sekolah telah dijalankan untuk mengeratkn lagi hubungan sesama guru, kakitangan dan murid. Kami warga SKPS amat berterima kasih di atas segala jasa yang telah 
di taburkan. Di sekolah kami memanggil beliau dengan panggilan "bos"....beliau memang suka menyakat kami guru-guru dan kakitangan, lebih-lebih lagi pelajar yang beliau dah anggap seperi anak beliau sendiri. Beliau juga seorang yang peramah. Ramai orang menganggap beliau seorang yang garang, tetapi beliau bukan garang cuma itu sudah menjadi cara beliau dalam bekerja dan merapatkan diri dengan semua orang.


Pepatah melayu ada mengatakan  : Terbang tinggi si burung helang,
    Hinggap sebentar di pohon kenanga, 
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.