Sekolah Kebangsaan Penghulu Salleh. Mampan, Simpang Lima, Batu Pahat merupakan salah sebuah sekolah yang terulung ditubuhkan di Negeri Johor tahun 1901 mula ditaja oleh En. Talib bin Bandar dan didirikan di Kampung Batu sementara di dirikan secara gotong-royong oleh masyarakat tempatan.
Tahun 1910 Sekolah dipindahkan ke mampan. Bangunan sementara dibina. Tahun 1915 Kerajaan Negeri johor telah membina bangunan kekal di tapak sekarang ini. Tahun 1930, bangunan tambahan didirikan dengan ukuran 70 x 24 kaki. Tahun 1939, bangunan tambahan didirikan lagi, kali ini berukuran 40 x 24 kaki.
Tahun 1964, Masyarakat tempatan telah menaja sebuah sekolah lain khas untuk murid-murid perempuan.
Salam Pn Norliza dan rakan-rakan JK ICT.
ReplyDeleteTahniah kerana dapat mewujudkan dan mengaktifkan semula blog sekolah kita.
Harap-harap dapat dikekalkan dan menjadi rujukan warga SK Penghulu Salleh dan orang ramai.
wslm cikgu sarkawi...
ReplyDeleteblog akan sentiasa diupdate...
terima kasih...